Wednesday, September 28, 2011

cara2 menghilangkan parut


Selain daripada lendir daun lidah buaya, anda boleh gune asam jawa untuk hilangkan parut pada badan. Ada 2 cara yang boleh anda cuba. Tapi sebelum tue, apakata anda kenali dulu rupa asam jawa atau bahasa saintifiknya "tamarindus indica".


Rajah 1: Pokok Asam Jawa


Rajah 2: Asam Jawa


Cara 1: Hilangkan parut dengan asam jawa

i. Anda ambil dulu asam jawa mengikut keperluan. Kalau parut anda kecil, ambil secubit dua jer mungkin dah mencukupi.

ii. Kemudian, campurkan asam jawa tadi dengan air dan ramaskannya. Kuantiti air tu sikit jer. Jangan sampai ia terlalu cair, ok.

iii. Lepas tu, anda sapukan campuran tadi ke kawasan parut di tubuh anda. Biarkan ia sampai kering.

iv. Sebaik-baiknya anda buat pada waktu malam sebelum masuk tidur. Jadi, ada lebih masa campuran tersebut serap ke tubuh anda. Esok pagi barulah anda basuh.

v. Amalkan cara nie selalu sampailah anda berpuashati dengan hasilnyer.


Cara 2: Hilangkan parut dengan biji asam jawa

i. Anda perlukan beberapa biji asam jawa.

ii. Kemudian, gorengkannya tanpa minyak lebih kurang dalam 5 minit.

iii. Seterusnya, anda goreskan biji asam jawa yang telah digoreng tu kat permukaan kasar. Contohnyer macam batu ker.

iv. Nanti ia akan mengeluarkan serbuk. Bila dah keluar serbuknya, anda titiskan sedikit air dan gosokkannya ke kawasan parut pada bahagian badan anda.

v. Macam biasa, amalkan selalu sampai anda dapat hasilnya.


Selamat Mencuba!


p.s: Mungkin ia akan mengambil masa yang panjang untuk parut yang dah lama atau yang besar. Itu saya kurang pasti. Kita hanyalah berusaha, mudah-mudahan usaha kita diperkenankan oleh-Nya.

♥ leave a comment ♥

4 comments:

  1. tq share nice info n tq gak sbb tunjuk rupe pokok asam jawa....hakak mmg x pernah tgk pokoknya...hehhehe

    ReplyDelete